Wednesday, August 5, 2009

entry

ya allah..naper la xleh nak smbng lg citer ni...dah lama tertangguh..entry dlu msh lagi stuck dlm laptop lama..xtau bleh recover tak dri virus..skang ni tgh tunggu keputusan..klu blh recover xyah wat entry bru..cuma copy paste jer...doakan smoga entry tu dpt di recover ek...

1051...
bgn pg2...xtau nak wat pe..ssh btol nak cari ilham skang ni...surf je la dlu...mana tau dpt idea...hmm....

Sunday, August 2, 2009

Helaian Diari Terakhir

24/july/08
Helaian Diari Terakhir

***********************~**********************
3 tahun dahulu…
24/july

'Ya Allah kau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku.Kau cucurilah rahmat ke
atas roh ayahku.Kau sayangilah kedua ibubapaku seperti kasih dan
sayangnya mereka kepadaku…..'

Ntah mengapa,tiba-tiba je hati ni tersentuh benar dengan doa tu walhal sudah bertahun aku baca doa yang sama selepas sembahyang.Mungkin diri ni terlalu rindukan ayahanda yang telah pergi menghadap Ilahi bertahun sudah. Ya, aku rindukannya, terutamanya ketika hidup aku diasak dengan pelbagai cabaran, dan aku rindukan kata-katanya.Kata-kata yang menenangkan hati ini tatkala kebingungan.Dia sentiasa ada untuk menenangkan orang lain,masalahnya disembunyikan dari orang lain.Walaupun ianya tak pernah diluahkan olehnya tapi aku dapat lihat dari redup matanya.Memang begitulah abah,dia lebih rela menanggung masalahnya sendirian daripada menyusahkan orang lain.
Atau mungkin kerna aku rindukan kampung halaman.Minggu depan genaplah 4 tahun aku sebagai perantau di bumi Australia.Tak sabar rasanya untuk aku kembali menghirup udara segar tanah airku.Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula…Tapi yang paling aku rindukan adalah senyuman dari bonda tercinta.Senyuman yang penuh makna.Disebalik senyuman itu ada duka.Ingin ku pulang bawa khabar gembira buatnya.Sudah aku kotakan janjiku.Pengajianku di sini sudah ku tamatkan.

Aku terus dibuai memori silam.Satu persatu kenangan silamku datang menjengah di fikiran.Aku terus di buai perasaan.Bayu pagi menghembus mesra membawa fikiranku melayang-layang bersama melodi Fantasia*.Satu persatu cabaran hidup yang ku tempuh.Syukur aku masih lagi survive dalam kekalutan dunia zaman sekarang yang rakus menelan anak cucu adam yang leka.Termenung aku sejenak melayan perasaan.

"Di hari raya…terkenang daku pada si dia...."**

Aku tersentak dengan deringan telefonku.Membawaku kembali ke realiti.Telefon nokia ku berdering lagi.Masuk kali ni dah 5 kali Ann miscall.Main-main betul budak ni sorang bisik hatiku.Walaupun dah menjengah usia 23 tahun tapi perangai mengalahkan budak-budak.Aku capai laptopku lalu landing kat atas katil.Mintak-mintak tiket masih ada.Inginku buat kejutan kepada keluargaku terutama sekali kat bondaku.Dah 2 tahun aku tak jejak kakiku di KLIA.Kali terakhir aku pulang,anak saudaraku si kembar dah masuk tadika.Kakak aku yang sorang lagi pun dah kahwin.Kali ni aku nak bawa Ann kawan mat sallehku sekali.Mesti terkejut orang kampung tengok aku bawak balik perempuan mat salleh.Aku ketawa kecil keseorangan bila fikirkan perkara tu.Si Ann tu beria benar nak merasa kehidupan kampung orang timur.Kali ni aku akan tunaikan hasratnya.


"BUZZ…"

Sape la plak yang buzz aku pagi-pagi buta ni bisik aku sendirian sambil jariku mengemudi cursor "Hi…wat pe?"mesej ringkas dari ib_gemini.Dah lama tak dengar kabar dari kawanku sorang ni..Ye lah.Masing-masing busy dengan study.Aku kat Australia dia lak wat medic kat Ireland.Niat asal ku untuk booking tiket tergendala sementara.Jari jemariku terus menaip mesej kepadanya.




"tgh landing ats katil….bru lpas s.sbh.."balasku.
Ib_gemini>hmmm…u never change
aku hanya mampu tersenyum sendirian melihat mesejnya
Muiz >heheheh I am who I am dear…xblk ke raye nie?
Ib_gemini>: ) tak kot.Sem ni bz ckit.Nape you balik ke?
Muiz >a'ah…dah habis dah pun
Ib_gemini>Opss sowry…lupe…so engineer la skang nie…gratz
Muiz >hmmm biasa2 jer…bla hbs?
Ib_gemini>ada lagi 2 years.
Muiz >owh…can't wait to meet you….i wanna be ur 1st patient…heheh
Ib_gemini>ye la tu…so apa plan lpas nie?
Muiz >hmm….xtau lagi…let the time decide..lagi pun dah lama xjejak kaki kat kampung halaman.
Ib_gemini>owh…well gud luck 4 u..jgn lupe krm slm kat ma awk ek…g2g now…ada keje ckit…take care..miz u…
Muiz>u 2….take care…


Aku terus menyambung kerjaku yang tergendala tadi.Fuuhh…nasib baik tiket masih ada.Dapat jugak aku balik Malaysia.Rokok di tangan dihisap dalam.Tak pernah aku terfikir untuk berhenti.Memang aku sedar yang merokok itu membahayakan kesihatan tapi sejak kali terakhir aku berhenti,niat tu dah hilang terus dalam diri ni.Ia membuatkan aku tenang tatkala fikiranku berceramuk.

*Fantasia in D minor by Mozart
**Dendang Perantau by P.Ramlee


*********************************************



1/august
"Lambat lagi ke sampai Iz?"

Tanya Ann kepadaku dalam pelat australianya.Sejak dia pandai berbahasa melayu, jarang benar dia berbahasa inggeris denganku.Aku je yang selalu guna bahasa inggeris.Minatnya kepada budaya dan bahasa orang melayu begitu mendalam."My grandfather was a soldier during the WWII and he felt in love with malay women when he was there,so I need to figure it out what make him like your country,your race,and your language"kata-kata Ann kepadaku semasa kunjungan pertama aku berjumpa keluarganya masih segar di ingatan.Patutla dia beria-ria benar hendak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia.Kataku kepadanya,anak melayu zaman sekarang bukan seperti dulu lagi,tak banyak beza dengan orang barat tapi kata-kataku tidak diendahkannya.

"Lambat lagi…Kena naik flight ke Kota bharu dulu then take a taxi to my home"jawabku ringkas.Saje aku rahsiakan kepulanganku kali ni.Nak buat kejutan kat semua orang.Penerbangan dari Australia membuatkan aku kepenatan.

"Flight pukul berapa Iz?"Tanya Ann lagi.

"Pukul dua,lagi dua jam."jawabku sambil melihat jam di tangan.Birthday present dari Ann terpaksa jugak aku pakai untuk jaga hati minah ni walaupun sejak dari tingkatan dua lagi aku tak suka pakai jam.Tak tahu lah kenapa…."Jom lah kita pegi window shoping jap,mana tau ada yang berkenan di hati you,then kita pegi lunch k"pelawa aku kepada Ann yang sudah jelas tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan keluargaku.


"Awak belanja?"

"Yup,my place,my treat,nak lunch dulu ke nak pegi window shoping dulu?"

"Mana-mana dulu pun boleh."
Ann menguntumkan senyuman manis.Walaupun tak semanis senyum 'dia'.

****************************************
Selepas selesai window shoping dengan Ann, kami duduk di sebuah Café.Sengaja aku ke Café tu kerna di situ ada Wifi.Aku buka laptop untuk menyemak email yang masuk mengharapkan akan ada sesuatu dari 'dia'.

"Muiz…?."aku tersentak dengan panggilan itu.Aku tercari-cari suara yang memanggil nama penuhku tadi.Sejak berada di Australia jarang benar aku mendengar orang memanggilku begitu.

"Hey... dah tak kenal kawan lama ke? Mentang-mentang dah lama tak jumpa."soal seorang lelaki yang menghampiriku.Rupa parasnya sedikit oriental.Pemakaianya segak.Setahu aku,aku tak ada kawan cina,bukan bersifat perkauman Cuma aku dibesarkan di negeri Kelantan dan di sekolahkan di sekolah kebangsaan.Majoritinya melayu.

"Excuse me…do I know you?"Tanya ku ringkas kepadanya.

"Betul kau tak kenal aku?Ni Aiman la bacth form 3 dulu"Terkejut aku mendengarnya.

"Owh…aiman wong?"tu la gelaran kawan-kawanku dulu kepadanya dulu.

"Kau buat apa skang ni?Macam mana hidup?"Tanya ku lagi.Pertemuan dengan kawan lama membuatkan aku lupa akan kepenatan sebelum ini.

"Aku kerja dengan Petronas,graduate tahun lepas.Skang ni tengah tunggu flight ke Terengganu.Kau macam mana plak?" Aiman menarik kerusi disebelahku.

"Aku biasa jer…still same..bru balik dari Australia.Grad petroleum engineering..Skang ni tunggu posting dari Shell"

"Ehem…"Ann mencelah perbualan aku dengan aiman.

"Oh..Lupa lak nak kenalkan kau dengan Ann,maklumlah dah lama tak jumpa"

"Hi,nice to meet you,I'm Aiman"kata aiman sambil menghulurkan tangan kepada Ann.

"Hi..i'm Marie Ann Williams tapi awak boleh panggil saya Ann.Kawan-kawan saya panggil saya Ann and saya lebih selesa dengan panggilan tu."jawab Ann dalam bahasa rojaknya membuatkan Aiman terkial-kial kehairanan.


"Tak sangka ye you boleh berbahasa melayu.Buat malu je I berbahasa Inggeris tadi."

"Its okay.lagi pun saya tak pandai sangat.Yang basic je.All credits goes to him"Ann memalingkan mukanya yang seakan-akan Cameron Diaz kepadaku.

"Waah…bukan main lagi kau skang ye…Dah berjaya memelayukan perempuan mat salleh."

"Tak de pape la…lagi pun dia yang beria-ria nak belajar..minat sangat."terangku kepada Aiman.

"Nak buat isteri ke?'bisik Aiman kepadaku.

"Ish kau ni…kawan je la…"aku menjawab pertanyaan aiman tadi lalu meneguk kopi yang baru sampai.

"Eh aku dah lewat ni.Ni kad aku.Jangan lupa call kalau nak kahwin."Seloroh Aiman lagi.

"Aku nak bagi business kad pun belum start kerja lagi.K la nanti aku call kau tapi kalau kawin tu….lambat lagi la…tunggu kau dulu..heheh"jawabku sambil bersalaman dengannya.

***********************************************************

"Iz..Wake up..Kita dah sampai.."kata-kata Ann mengejutkan aku dari tidur.Pernerbangan selama 50 minit dari KLIA membuatkan aku terlena,dah lama aku tak balik Kelantan,tak banyak yang berubah,tapi kali ni aku pulang sebagai orang yang dah berjaya dapat capai impianku.Aku tersenyum sendirian…

"Iz…Why you senyum sendirian ni?Teringat girlfriend lama ke???"lamunan aku terhenti dengan kata-kata Ann tadi.Aku hanya mampu membalas pertanyaanya dengan senyuman.Banyak yang aku telah belajar dari kehidupan di sini.Tak sabar rasanya nak jumpa kawan-kawan lama kat kampung.

Proton Perdana hitam yang ku naiki meluncur melewati Bandar Kota Bharu,sengaja aku menyuruh pak cik driver menggunakan jalan jauh.Banyak yang telah berubah.Bangunan lama telah digantikan dengan yang baru.Begitu juga dengan orangnya.

"Dari mana?Kalau anak tak kisah pak cik bertanya."pertanyaan pak cik driver tadi menghentikan pemikiranku.

"Dari Australia lagi pak cik.Baru habis belajar.Balik cuti la ni"

"Panggil je pak lah.tak payah nak berpak cik-pak cik,orang sini ke?"

"Hmmm….anak jati negeri ni.."jawabku ringkas, Ann di sebelah sudah terlelap, keletihan agaknya.

"Huuuh wat bbelit lidah pok cik jah kecek luar.Ingat ko ore luar tadi,maklum la,bawak ore putih sekali.Lamo doh tok balik?"

"4 taun,tapi dua taun lepas ada balik…Saim jah ni.Kito ore melayu kena la cari ore malayu…"

"Bachok kat mana?Pok cik pun asal ore bachok jugak."

"Kat Jelawat…pak loh?"


"Pok cik ore ppata…ppata damak"sambungnya lagi.

"Owh dekat jah….pok loh masuk lorong depan tu deh,pah tu jumpa rumah kayu warna putih"aku memberi arahan kepada pak lah.Sedar tak sedar aku dah sampai di rumah.Home sweet home.

Bunyi enjin kereta yang menjengah anjung rumah mengejutkan penghuninya.Keluar seorang wanita berusia dari rumah tua itu.Sinar di mukanya jelas terpancar,begitu juga titisan air mata apabila melihat aku keluar dari kereta.Air mata kegembiraan mengalir laju,terharu melihat anaknya pulang dari perantauan selepas bertahun merantau di bumi asing.

"Why balik tak oyat dulu..bulih gi ambik di airport"soal ma kepadaku sambil mengesat air matanya.Sungguh mudah air matanya mengalir.Kenapa aku tak mewarisinya?Aku sering tertanya-tanya soalan itu.Mungkin kerna aku ni lelaki.Anak lelaki tunggal dalam keluarga.Tapi aku yang menanggung derita.Mungkin aku mewarisi abah yang lebih suka memendam duka.

"Saje…nak buat kejutan"aku lantas mencium tangan tua yang berkedut milik bonda.Tangan ini lah yang telah menyuapkan aku nasi semasa kecil dulu,tangan ini lah yang membuai buaian aku dulu.Sesungguhnya tangan ini telah banyak berjasa kepadaku.

"Mana pergi ore lain"tanyaku kepada ma yang masih mengesat air jernih dari matanya.Biasanya rumah ni penuh dengan anak-anak kecil,anak-anak saudaraku.Memang kat rumah ni lah tempat mereka tinggal.Menjadi peneman ma.Dulu….Sekarang semuanya dah sekolah termasuk si kembar.Chik pun dah kahwin,ikut suaminya.Dah acap kali diajaknya ma tinggal dengannya tapi terlalu banyak kenangan di rumah ni yang membuatkan ma sayang untuk meninggalkannya.Kata ma,kalau pergi siapa yang nak tengokkan rumah ni?Macam mana dengan cucu-cucunya.Along,angah memang dibesarkan di rumah ni dari kecil lagi manakala Achik menyertai mereka semasa berumur 6 tahun.Memang ma manjakan cucu-cucunya.Sayang sangat kepada budak-budak tu.

"Budak semua dah sekolah…tak balik lagi…semeta lagi balik lah"

"Ni sapo pulak ni bini ko?"sambung ma lagi sambil menarik lenganku ke penjuru rumah.Sesungguhnya dia begitu keliru tatkala keluar seorang perempuan mat salleh dari kereta mengiringi kepulanganku lalu bersalam dengannya.Sama sepertiku, Ann mencium tangan ibuku,menunjukkan ciri-ciri ketimuran disebalik rambut perangnya.Silap aku juga yang tak bagi tahu ma tentang Ann terlebih dahulu.

"Ni Ann,saim...dia teringin sangat nak maghi Malaysia,nak rasa kehidupan orang melayu katanya sebab tu lah Abe buat balik ni.Bakpo?berkenan nak buat calon menantu ko?"aku mengusik ma walaupun tak terlintas langsung di hati aku untuk menjejak kaki di pelamin dalam masa terdekat ni apatah lagi dengan perempuan mat salleh ni.Walau dalam macam mana pun minatnya kat budaya dan bahasa orang melayu,tetap tak akan dapat menandingi orang melayu sebenar.

"Apa salahnya,manalah tahu kot-kot dop lamo di australia dah bekene ko ore situ"usik ma lagi,walaupun dia tahu yang hatiku sudah dicuri orang.Sejak empat tahun dulu,aku hanyalah jasad tanpa jiwa kerna jiwaku kekosongan.

Aku hanya mendiamkan diri.Tak sangka perbualan tadi telah menghidupkan kembali memoriku yang bagai tersimpan kemas di benak fikiranku selama ini.Macam mana agaknya dia sekarang ye,aku melayan perasaan.Sudah habiskah belajar?Sudah kerjakah atau sudah kahwin?Persoalan terakhir membuatkan aku pilu.Ingin sekali aku pergi kerumahnya untuk memberi kabar gembira kepadanya.Janjiku kepadanya telah ku tunaikan walaupun hubungan itu tidak pernah jadi.Tiba-tiba aku teringatkan kata-kataku kepadanya empat tahun dahulu "Kita sama-sama study ek,together we be the best,beat the rest.Lepas saya grad nanti saya nak suruh ma pinang awak"kata-kata yang pernah ku lafazkan itulah yang menjadi pendorongku,pembakar semangat walaupun jiwaku kosong.Malam itu dia hanya berkata "Hmmm…okay kejar dulu impian awak tu… lepas tu…. let the time decide"memberiku sedikit harapan dan dorongan.Sesungguhnya dia tak pernah berkata 'YA' kepadaku.Tapi kata-katanya selalu sahaja memberi harapan kepadaku membuatkan aku terus manaruh harapan tanpa putus asa.


"Aduh.."jerit peti suaraku tatkala dicubit ma,mengembalikan aku kembali ke bumi nyata.
"Kuat mengelamun.Pikir ko gapo?"tanya ma dalam loghat Kelantannya

"Bakpo tak oyat awal-awal Ann ni bulih kecek melayu?buat malu ma jah g speaking broken English.Nasib baik tak ma tak kato gapo-gapo pasal dia tadi"

"Dah napok nak speaking sangat.Bila lagi ma nak test bahasa inggeris ma?"aku ketawa kecil apabila melihat muka ma yang kemerah-merahan menanggung malu.Dah lama aku tak tengok ma begitu, seperti 'dia'….Empat tahun.Masa begitu cepat melintasi memoriku.Ma sentiasa ceria semasa aku bersamanya.Kata ma aku ni menenangkan.Mengingatkannya kepada arwah abah.Mungkin juga,tapi disebalik riak mukaku yang ceria tersimpan seribu duka.Memang aku pandai jaga hatinya kerna kepada dialah aku berkongsi duka lara.

Dasar anak bongsu.dah tua-tua pun masih kagi nak bermanja. Memang kasihnya kepada Muiz melebihi anaknya yang lain.Mungkin kerana Muiz ni anak lelaki tunggal ataupun Muiz anak bongsu yang manja denganya.Tapi itulah yang selalu menyakitkan hati tuanya tatkala anaknya yang lain selalu mengungkit-ungkit perkara ni bila bergaduh dengan Muiz.

Selepas sesi bersoal jawab dengan ma,aku terlelap keletihan di tikar sembahyang selepas sembahyang zuhur.Meninggalkan dunia yang penuh kekacauan buat sementara. Ann?Entah apa yang dibuatnya bersama ma petang tu.Letih membuatkan aku tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekitarku.Ma pun nampaknya gembira dengan kerja barunya,menjadi pemandu pelancong si Ann.Entah kemana mereka pergi petang tu,agaknya setiap ceruk dunia dijajah mereka berdua.Biar lah,asalkan mereka berdua gembira.Ma pun dah lama kesunyian dek kerana seorang demi seorang temannya pulang kesisi Pencipta.

Kakak-kakakku?Semuanya sibuk dengan urusan masing-masing,mengejar dunia,cuba untuk survive dalam dunia ni.Cuma hari minggu ma berteman.Kalau tak,komputer di sudut rumah la jadi peneman.Sejak aku mengajarnya komputer dan internet semasa kepulangan singkatku dua tahun lalu untuk kenduri kahwin akak aku,ma jadi celik IT,hampir setiap hari BUZZ aku di YM.Mana taknya,perbezaan waktu Malaysia dengan Adelaide Cuma beberapa jam.Si Ann pula tak kenal erti penat.Diikut je ma kemana diajak.Mungkin dia tak faham lagi makna perkataan penat agaknya.


**************************************

7/august
Masuk hari ni dah seminggu aku kat kampung.Ingatkan bila dah kat kampung dapat jumpa kawan-kawan lama tapi jangkaan ku meleset kerana masing-masing telah meninggalkan kampung.Muda mudi zaman sekarang jarang benar yang tinggal di kampung.Ewah Muiz..Sedapnya mulut tu…Awak tak sedar ke yang awak tu lebih kurang sama je dengan orang lain.Baru je balik seminggu dah pandai mengata orang.Dulu awak kat mana?


"Tut tuuutt tuuuttt"bunyi mesej masuk di telefon tak ku hiraukan.Kalau dulu aku akan berkejaran mendapatkan telefonku,sekarang semuanya sudah berbeza kerana aku tahu mesej tersebut bukan dari 'dia'.Aku terus menyambung makan ku.Nasi lemak hasil air tangan ma disuap ke mulut sambil tangan membelek-belek surat di meja makan.Surat yang ku tunggu tak kunjung tiba. Ann bukan main mesra lagi dengan ma.Sejak kepulanganku,ma lah yang telah mengambil alih tugasku sebagai guru bahasa kepada Ann merangkap pemandu pelancongnya.Ma pulak dapat belajar bahasa inggeris sebagai balasannya.Hari ni terasa sunyinya,semalam bukan main meriah lagi bagai ada kenduri apabila semua kakak-kakakku pulang.Kecuali kakakku yang ketiga.Jarak memisahkan kami.Hari ni budak-budak pun dah sekolah jadi tinggal kami bertiga sahaja.Along pun dah masuk universiti.Angah dapat menyambung legasi aku di sekolah lama aku.

"Petang ni ma nak gi Rantau Panjang dengan Ann,abe jago rumah deh."tiba-tiba suara ma memecah hening pagi.Sejak pandai bawak kereta,ringan je kaki ma melangkah kemana dia hendak pergi.Dulu bukan main takut lagi nak belajar kereta.Biarlah…keluh hati kecilku,asalkan ma bahagia,lagi pun pandai la dia jaga diri.Aku anaknya pun dapat bawak diri di bumi orang ini kan dia, emak kepadaku,di bumi sendiri pulak tu.

"Nak gi jugak,borim dop umah."aku memberi respon.Tanpa segan silu menunjukkan sifat manjaku di depan Ann walaupun gadis Australia tu masih terpinga-pinga dengan loghat kelantanku.

"Hissh dia ni,dah besar panjang pun nak berjalan sekaki dengan ma lagi.Tak malu.Ni kerja ore tino la,ore jate mano bulih ikut.Lagi pun Abe kena gi sekolah lama Abe.Angah ada Majlis Kontroversi.Abe ganti ma la..ma nak bawak Ann jalan-jalan"

"Bukan kontroversi la tapi konsultasi."Aku ketawa kecil melihat ma tersengih menahan malu.Orang tua sepertinya biasa la kalau tersilap macam tu.Ma mengingatkan aku kepada zaman persekolahan dulu.Seminggu aku di kampung tak pernah pun terlintas di hati ni untuk ke sana.

Muiz Muiz….tak patut betul kau ni.Tempat jatuh lagikan dikenang ni kan pula tempat kamu menimba ilmu.Memang kisah duka mu disana tapi kisah hidupmu yang lain juga disana.Lupakah kamu akan masa yang kamu habiskan disana?Tujuh tahun Muiz,tujuh tahun.Sudah lupakah kamu akan kenangan manis disana?Akan lilin yang membakar diri demi kamu yang sekarang ni?

'Macam mana agaknya sekolah tu,siapa agaknya pengetua kat sana,masih ada lagikah cikgu-cikgu lamaku?'hati kecilku membisik sayu sambil mata ku mengeluarkan air jernih.Cepat-cepat aku mengesatnya bimbang dilihat Ann,nanti hilang la macho aku.Ma?Ma dah biasa melihatnya.Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

"La ni abe kelih ma lebih sayangkan pine sebatang daripada serai serumpun"aku memerlinya.

"Bukan terlebih saye cuma Ann tu ke tetamu kita,kita ore melayu kena la entertain tetamu.Dah adat"Ma cuba memujuk aku yang mengujinya.Aku tak kisah dengan layanan ma kepada Ann kerana aku pun diperlakukan sedemikian sewaktu berkunjung ke rumah Ann dulu.Lagi pun betul apa yang ma cakapkan tadi.

"Fuuhh…Canggih bahasa la ni sekat ada private tutor"aku mengusik ma.Ternyata ma sudah berbeda sedikit sejak kedatangan Ann.Lebih up to date.

"All credit goes to her"sambung ma lagi sambil memeluk Ann.Dah macam anak beranak pulak.Risau juga aku melihatnya.Mana lah tahu kot-kot hatinya terpikat untuk jadikan Ann menantu.Tak sanggup aku menolak permintaanya,tapi aku percaya ma tak akan buat begitu kerana dia lebih suka memberi kebebasan kepada anaknya dalam membuat keputusan.Kalau boleh aku mahu menjadikan orang melayu sebagai isteri.Mahu merealisasikan kata-kata Laksamana Hang Tuah dulu…'Takkan melayu Hilang di dunia'
Biar darah melayu asli mengalir di dalam darah dagingku.

Ewah-ewah…bukan main kau sekarang ye Muiz.Sejak bila pula kamu begitu cintakan bangsa ni?Cakap sahaja kamu menunggu 'dia' kan senang.Kamu tu pun bukan Melayu sangat pun.Lupa kah kamu yang nenek moyang kamu tu siapa?Cermin dirimu Muiz.

***************************************
8/august

Tengah hari tu aku turun meninggalkan rumah,ma dan Ann dah keluar tadi lagi.Jam di tangan menunjukkan pukul 12.30.Masih ada sentengah jam lagi bisik hati kecilku.Masih sempat untuk singgah di kedai untuk beli rokok.Memang...Memang aku tak pernah berhenti dari merosakkan diriku.Apakan dayaku tiada yang mampu memujuk hatiku untuk berhenti kecuali dia.Petang itu Proton Gen-2 kakak ku ku halakan ke arah sekolah lamaku,ma awal-awal lagi booking kancil kelabu.Nak save minyak katanya,maklumlah harga minyak melambung.

Di tengah perjalanan aku singgah di sebuah kedai untuk mendapatkan 'kekasihku'.Sejak pagi lagi tak berasap.Disaat aku mula melupakan benda ni dulu,hati ku remuk dek dia,mendorongku untuk bertemankan benda ni balik sampai la sekarang.

"Bila…Aku sudah tiada…."*telefonkuu memekik lagi.Kali ni sape pulak yang call masa aku tengah drive ni aku berbisik keseorangan.

"Hello…"aku menarik panjang menanti suara pemanggil.Tak dapat kupastikan siapa yang menelefonku kerna yang terpampang hanyalah nombor-nombor.Sah tak ada dalam contact aku.

"Hello..,abe lambat lagi ko nak sampai?Dop mana tu majlis dah start ni"kedengaran suara anak saudaraku Angah.Dek kerana dah terlalu rapat denganku,aku,dia memanggilku 'Abe' je.Hampir kesemua anak saudaraku memanggilku begitu.Bukan tak hormat, cuma aku yang ingin begitu.Lebih selesa.Kepingin nak adik.Jadi kepada mereka lah tempat aku melemparkan kasih sayang seorang abang kepada adiknya.

"Dah nak sampai,tunggulah sebentar...tunggu di kantin lah.Majlis buat kat mana?".Memang dia sudah lewat.Lewat sepuluh minit.Tapi itulah Muiz Ahmad Bakri.Jarang benar dia menepati masa.Ada saja halnya.
"Kat dewan..blok baru"jawab fikri kepada bapa saudaranya ringkas mengakhirri perbualan.

Tengah hari itu Muiz melangkah bangga ke sekolahnya.Kalu dulu dia dijulang kerana telah menaikkan nama sekolah kini dia berharap anak saudaranya dapat meneruskan legasinya.

"Tahniah Fikri…Kamu dapat best student untuk subjek bahasa inggeris dan EST bagi ujian pertengahan tahun.Markah pun not bad,both of them more than 90.Mana awak belajar bahasa inggeris?"tanya Cikgu Bahasa Inggeris yang mukanya yang bujur sireh berkulit kuning langsat.

Fikri melambung tinggi bila mendapat pujian dari cikgu bahasa inggerisnya.Mana taknya cikgu muda pulak tu.Baru je posting.

"Hehe biasa je cikgu,belajar kat rumah kot.... or dah ada dalam darah saya ni.dah keturunan"jawab Fikri sedikit gah sambil menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Kamu anak mat salleh ke?"tanya cikgu tu lagi kehairanan.

"Bukan la cikgu apa la cikgu ni.Kulit saya ni ada macam mat salleh ke cikgu?Keluarga saya semuanya cemerlang dalam bahasa inggeris.Minat agaknya.terutama sekali bapa saudara saya.Dia best student kat sini.Hanya dua orang yang dapat A1 dalam EST dan BI kat sekolah ni dan dia salah seorang."terang Fikri kepada cikgu muda tersebut bangga.Tapi muka cikgu muda tersebut berubah serta merta tatkala mendengar kata-kata Fikri tadi.


"Assalamualaikum….."Kedengaran suara lelaki memberi salam memecah kebisuan dalam perbualan Fikri dengan cikgu tersebut.Dua pasang mata memandang ke arahnya.Hati cikgu tersebut bagai direntap apabila melihat empunya suara tadi.Memang betul jangkaanya selepas mendengar kata-kata Fikri tadi.

Jantung Muiz berdegup kencang tatkala melihat muka bujur sireh yang tak pernah dia lupakan.

"Efa?"Muiz bersuara lagi.Belum sempat Fikri memperkenalkan cikgu bahasa inggerisnya tapi nama cikgu tersebut sudah terpacul keluar dari mulut bapa saudaranya.

"Muiz?"Peti suara Efa seakan berat untuk melafazkan nama tersebut.Begitu dalam pandangan mata mereka.Seakan ada yang tersirat.Muiz menguntum senyuman.Fikri naik bingung.Sebelum ni belum pernah dia melihat bapa saudaranya menguntum senyum sebegitu rupa.Begitu ketara bezanya.Efa hanya mampu membalas dengan senyum tawar.Tapi itu sudah cukup untuk Muiz bahagia.

"Mana kenal ni?"Fikri bertanya kepada bapa saudaranya kebingungan.

"Kawan lama cikgu ni,bapa saudara awak tu senior cikgu."Efa mencelah sebelum sempat Muiz menjawab persoalan anak saudaranya itu.

Tengahari tu tiada apa yang dibincangkan pada Majlis Konsultasi tersebut.Hanya sedikit pesan daripada Efa supaya menasihatkan anak saudaraku supaya lebih rajin belajar kerana dia masih lemah dalam subjek lain.Pesannya itu telah ku sampaikan kepada Fikri.Ku ingatkan kepada Fikri agar menyambung legasi aku di sekolah ni.

Selepas berpesan kepada Fikri aku cuba mendapatkan Efa.Banyak yang aku ingin kongsi bersamanya.Efa pula seakan-akan cuba mengelak dari aku selepas majlis tersebut.Masih marah lagikah dia kepadaku?Aku tertanya sendirian.Tapi aku tetap bersyukur.Selepas sekian lama akhirnya tuhan ketemukan juga aku dengan dia.Bukan main kepalang lagi gembira cikgu-cikguku apabila mengetahui yang aku telah grad,telah berjaya capai impianku.Ye lah cikgu mana yang tak gembira apabila anak didik mereka berjaya menjejak kaki ke menara gading.Berjaya melebihi pencapaian mereka.Tambah-tambah lagi aku yang pemalas ni.Tidur jer kerjaku semasa dalam kelas.tapi itu sebelum aku sentuh pintu hatimu,sebelum aku melafazkan janjiku padamu.Sekarang aku pulang dengan janjiku untuk menuntut apa yang telah dijanjikanmu.Jantung ku kembali berdegup kencang tatkala aku melihat dia di muka pintu bilik guru yang satu ketika dulu pernah menjadi medan aku semasa aku sedang rancak aku bertukar-tukar cerita dengan guruku.


"Efa"aku memberanikan diri untuk menyebut nama yang telah lama tersimpan dalam peti suaraku.

Dia menoleh kepadaku,sengaja dibuat-buat tak nampak.Aku menghampirinya meninggalkan cikgu-cikgu tua yang masih tersenyum bangga.

"Kita lunch sama-sama ek"aku mempelawanya.

"Lagipun banyak yang saya nak tanya awak pasal sekolah,cikgu dan kawan-kawan lama"aku memberi alasan sebelum sempat dia menjawab.
"Saya ada kelas sampai habis waktu persekolahan"dia cuba mengelak pelawaanku.

"I'll wait.Kalau dulu saya boleh tunggu bertahun-tahun lamanya masakan sekarang tidak,lagi pun banyak lagi yang nak saya bualkan dengan cikgu-cikgu ni."ujarku lagi.memberinya tiada pilihan lain kecuali menerima pelawaanku.

"hmmm…ok…kat mana? kita pergi asing-asing ek sebab lepas tu saya nak balik rumah terus."jawapannya yang mendatar membuatkan hatiku melonjak gembira.

"Hmmm….kat pantai la,dah lama tak minum air nyiur, pukul 2.30"sesungguhnay aku ketandusan idea sewaktu itu kerana dah lama tak pulang.

Muiz…Muiz kalau nervous cakap lah nervous tak perlu la nak disorokkan perasaan tu.Dasar ego tinggi.

*Bila Aku Sudah Tiada by Hujan

****************************************************

Petang itu aku kelewatan.Asyik sangat berbual dengan guru-guru lama ku membuat aku lupa akan masa.Kenangan.Ini lah kenangan boleh membuatkan kita hanyut tatkala mengenangnya.Tambahan pulak mereka ajak aku solat berjemaah.Tak sanggup aku menolaknya dengan apa yang telah diberikan mereka kepada aku.Dia sudah di meja sesampainya aku di tempat yang dijanjikan.Puas jugak aku pusing cari kedainya.Lupa pula aku untuk bagi detail kat kedai mana.Dia pula tak tanya.Air kelapa sudah separuh gelas diteguknya.Aku menarik kerusi untuk duduk.

"Dah lama sangat ke merantau sampaikan jalan ke pantai pun boleh lupa?"Sindir Efa kepadaku.

"Sowry…"aku menujukkan muka sepuluh sen.belum sempat aku memberi penerangan lebih lanjut dia tiba-tiba bersuara.

"Awak ni tak pernah berubah,still same,selalu je lewat kalau berjanji"nada suaranya agak tinggi.Ye la siapa yang tak marah kalau penat-penat kerja lepas tu kena tunggu orang pulak.Aku hanya mampu menguntum senyum.Niat asal untuk explain kenapa aku lewat ku pemdamkan dalam hati.Terpadam pabila melihat mukanya yang kemerah-merahan tatkala marah.Sebab itulah aku suka mengusiknya…Dulu…Itu dulu Muiz 4 tahun dulu.

"Yup I'm still the same person that tried to enter your heart four years ago,and you know what dear..,It never change."aku mengembalikan kenangan lampau.

Efa diam membisu,dibiar bayu pantai menghembus perasaanya.Begitu juga Muiz.

"Masih marah lagi?"Muiz bertanya dengan nada suara yang halus.

"Awak…yang dah lepas tu biarlah berlalu."Efa mengeluakan kata.Seakan berat sekali untuk dia meluahkannya.

"Saya dah baca…."Efa menambah tatkala Muiz melayan perasaan dengan bayu petang.

Muka Muiz berubah,hatinya masih lagi kebingungan.Apakah yang telah dibaca oleh Efa?

"Baca apa..?"suara Muiz mendatar,sudah terlintas di fikirannya tentang sesuatu tatkala melihat ke dalam mata Efa.

"Karya awak….Tinta Buat Humaira…."Efa mengeluarkan novel tersebut daripada beg nya.Tepat sekali jangkaan Muiz.Tak dijangka karyanya yang hanya bertujuan untuk melepaskan perasaan sampai ke tangan empunya badan.

"Awak mengerti"soal Muiz halus..matanya bersinar penuh harapan.Hatinya berharap Efa akan menerimanya setelah mengetahui keikhlasannya.

"Ya…"jawapan yang ringkas sekali tapi cukup untuk membuatkan Muiz tersenyum penuh makna hatinya bukan main gembira lagi.

"Tapi kenapa selama ini awak senyap tanpa bicara?Walau sekeping sms…"Efa tak dapat menghabiskan ayatnya.Mutiara matanya sudah berderai membasahi pipi.

"Saya nak biarkan awak sejuk dulu…awak kan tahu saya ni tak pandai memujuk hanya pandai menunggu."Muiz cuba memujuk kekasih hatinya yang telah dibasahi air mata.

"Sejuk awak kata?Sekarang ni sudah beku!!"Efa meninggikan sedikit nadanya.

"Efa….."Muiz cuba memujuk lagi sambil tangannya digerakkan ke tangan kekasih hatinya itu.

"Sowry wak...saya dah bertunang….Awak gantung saya tak bertali.Hanya tuhan sahaja yang tahu pedihnya hati ini bila awak buat begitu."Efa berlalu pergi meninggalkan Muiz dan bayu petang itu.Meninggalkan segala memori mereka bersama Tinta buat Humaira
Muiz hanya mampu melihat.dia tak berdaya lagi untuk bangkit dari kerusi uzur itu.Hatinya telah remuk.Sekali lagi……..



***************************


Malam itu Muiz tak senang duduk,dibeleknya telefonnya tercari-cari satu nombor.Tapi nombor siapakah yang dicarinya?Bukankah nombor Efa telah lama dipadamkannya.

"Dah kena penyakit lamo lah tu.Sorry la Ann,la ni Muiz tak dapat nak laye Ann,dia duduk di dunia lain la ni"kata-kata Mak Ani membuatkan tamunya dari Australia bingung.

'Tuutt..tuuttt…'.Muiz bergegas mendapatkan telefonnya yang ditinggal di atas meja.

"Waalaikumussalam….abe bila balik?"sememangsnya sms,ringkas sungguh.Walaupun bukan pada masanya.

"Seminggu….ada no telefon akak?abe hilang la no dia"

"Sowry…akak dah pesan awal-awal…dia xmau adik kasi kat abe"

"Y"kali ni aku pula yang meringkas kata.

"Ntah tu amanatnya slps brthn 2nggu abe"

"Btol ke"balasku mencari kepastian.

"A'ah…abe 2 y xgitau sbrang brita?Kesian akak tiap-tiap malam nangis sorang2"

Sms terakhir dari adik Efa mengundang rasa bersalah dalam diri ini kerana telah menggantung dia tak bertali.Lantas aku mendail nombornya.Kata adiknya lagi,selepas bertahun tanpa menangis sendirian,Efa akhirnya menerima pinangan si Nazri bekas kekasihnya yang pernah mengecewakan hatinya sebelum kehadiranku walaupun sudah banyak pinangan yang ditolaknya mentah-mentah dek kerana menunggu ku bersuara kembali.Si Nazri nilah yang melarikan kunci pintu hati Efa sehingga pintu hatinya tertutup rapat untuk menerima lelaki lain tatkala aku hulurkan cintaku.Sudah serik katanya bermain cinta.

Cintaku tak bersambut,tapi aku tak putus asa,sehinggalah….ah…tak mau lagi aku kenang peristiwa yang meruntuhkan hatiku itu.Biarlah masa membawanya berlalu.Kata adiknya lagi,dia menerima kerana kasihankan emaknya yang terlalu berharap untuk bermenantukan si Nazri tu.Walaupun si Nazri tu pernah melukakan hati anaknya,tapi Nazri pandai mengambil hati orang tua.Dijaganya hubungan dengan keluarga Efa.Bulan mac ni mereka akan melangsungkan perkahwinan.Tapi kenapa Efa langsung tidak memberi tahu ku?.Begitu cepat…….

Muiz…Muiz…Bukankah dulu kamu juga yang berpesan kepada Efa andai dia berkahwin dengan orang lain,jangan dia sesekali menjemputmu kerna hatimu akan terguris luka.Lupakah kamu akan kata-katamu itu?

*******************************************

Assalamualaikum..

Selepas hampir setahun lemas dalam "twilightzone"aku akhirnya sedar dari lara diriku sendiri...selepas sekian lama cerita ini tergantung dan buat org yg membacanya kat abyMM yg dulu,(walaupun aku xjangka yg org akan baca cerita ni) ternanti2 kesinambungannya(kalau ada la)aku susun sepuluh jari mohon ampun..aku akan add entry yg dah lama aku buat dulu ASAP kalau dpt recover file tu yg terkena virus,klau tak,lambat ckit la..wlau apa pun,aku akan habiskan cerita ni..

ShoutMix chat widget